Sunday, February 7, 2010

..Binatang Bertuah..

anda suka binatang??yaa!!

anda ada haiwan peliharaan??tidakk!!

baiklah..aku bukan lah orang yang suka membela binatang..dan aku tak suka kucing..okeh la..sebenarnya aku takut kucing..'-_-

mari lihat top 10 haiwan kesukaan pemilik blog ini..tahap kesukaan - berdasarkan tahap kecumelan mereka..motif - suka-suka membuang masa..terima kasih..=P


10. koala bear
..sila transform koala diatas pada rupa souvenir..

boleh dijumpai di Australia..korang perasan tak kalau souvenir yang diterima dari negara ini mesti adalah berkaitan binatang ini..comel kan.disukai sebab anak koala didukung oleh mak koala..nampak kemanjaan di situ..heee~~

9. elephant

..kenapa ada burung di situ??..

nasib baik binatang ini ada di Malaysia..dulu kecik-kecik..aku penah pergi mana ntah la kan..pastu ada elephant ride..bayar berapa ringgit ntah pastu dapat naik gajah..uishh..teruja ahhh..tapi tak dapat naik pun..

tapi takpe..nanti-nanti kalo aku jumpa elephant ride confirm aku nak naik..okeh..masuk wishlist perkara yang mesti dibuat..

8. lion

..ganas dan garang..

sebenarnya dulu-dulu..aku takde lah suka sangat kat binatang ni..sebab aku rasa harimau lagi cumel kot dari singa..dan aku plak tak suka sangat tengok citer the lion kings masa kecik-kecik dulu..sebab aku rasa macam citer tu tak best..

tapi lepas tengok cerita madagascar..aku tetiba plak bleh suka kat binatang ni..terpengaruh dengan alex the lion tu ahh..ish3...da besar-besar pun boleh terpengaruh dengan kartun..'-_-

7. chipmunks

..innocent jer binatang kecik ni..

ni satu lagi binatang kecik cumel..dan aku suka pun sebab tengok citer kartun alvin & the chipmunks..terpengaruh sebab kartun lagi..kalau la ada chipmunks macam alvin, simon dengan theodore tu..memang la aku nak bela..harus aku picit sebab geram kerana kecumelan mereka..padahal geli kat binatang berbulu..

sedih rasa sebab tak sempat nak tengok alvin & the chipmunks 2 kat cinema..haisshhh..harus download cerita ni..btw, alvin & the chipmunks adalah antara movies kesukaaan my cousin yang cumel-manja iaitu caca..

6. polar bear

..aksi baring manja..

aku suka binatang ni sebab dia putih, bersih, dok kat kawasan salji..maybe sebab dia dok kat kawasan salji maka keputihan nya dapat dikekalkan..cuba tengok aksi polar bear di atas..takkan korang tak rasa cumel kan..cumel kan??kan..kan..

5. penguin

..gagah dan mendabik dada..

kesukaan terhadap penguin adalah sudah lama..dan bertambah suka bila ada character penguins yang hebat dalam cerita madagascar..penguin yang paling disukai adalah dari kalangan emperor penguins..

kalo tak silap aku..ini adalah species penguins paling besar..mungkin paling hebat juga...cuba tengok gambar di atas..sangat gagah bukan??heheheh..dan aku suka tengok dokumentari pasal penghijrahan penguins..nampak cumel sangat..

4. musang

..nampak sedih la plak..

kenapa musang??macam ntah pape jer kan..sebenarnya musang adalah binatang yang boleh survive hidup di bandar..dulu-dulu aku tak percaya jugak..tapi da lama-lama baru aku percaya..

sebab musang memang betul-betul ada di bandar..di rumah nenek di kelana jaya pun ada seekor..di shah alam ni pun ada..tak tau lah sama ada yang liar or belaan..tapi mereka sangat hebat..sebab musang-musang ini bergerak di atas kabel elektrik..serius wehh..aku tak tipu..korang tengok kabel elektrik yang halus tuh kan..kat situ la musang tu berjalan..laju pulak tuh..kalo orang tak tau, mesti orang ingat makhluk-makhluk menakutkan..heheheh..

ohhh..aku pernah bercita-cita untuk membela musang pandan tapi tidak dibenarkan oleh bapa..musang pandan tak busuk macam musang biasa okeh!!!sangat-sangat wangi..atuk aku cakap, dulu-dulu moyang kitorang pun ada bela musang pandan..musang jenis ni cantik dan wangi tau..

3. tiger

..gagah perkasa..

harimau sangat cumel okeh..cuba tengok gambar kat atas tu..sangat gagah bukan..lagipun aku lahir dalam tahun harimau ikut kalender cina..dan tak pasal-pasal orang cakap aku garang macam rimau..hahhaha..takde lah..aku tak garang sangat pun..biasa-biasa jer..tapi kuat membebel jugak kot..ngeee~~

sekarang aku tengah mencari soft toy tiger yang cumel..dulu-dulu aku ada gak nampak orang jual..sekarang tak tau da kat mana ada jual..aku nak beli letak kat belakang kereta..kasi orang cuak sket..takde lah nanti dok 'cucuk' kereta aku rapat-rapat waktu jem..tension aku tau..

2. dolphin

..ala cumel nye la..

ni memang takle nak sangkal dah la..memang cumel sangat..habis rm42 pun takpe semata-mata nak pegi tengok binatang cumel nie..dah la cumel..nampak manja pulak tuh..nasib baik ko kena hidup dalam air masin..kalo tak, harus aku kidnap bela kat rumah..

pastu pandai beraksi...bijak plak tuh..boleh dilatih untuk show...even aku rasa macam kesian kat dolphin sebab kena buat show..tapi okey jugak kot..sian plak diorang yang cumel-manja ni kena survive hidup kat laut..


1. panda

..rasa nak peluk-peluk jer..

..buat-buat cumel plak..picit kang baru tau..

..ala manjanya..

itu dia..kecumelan nombor satu..dari dulu, sekarang dan selama-lamanya..bercita-cita mahu ke china untuk melihat sendiri panda secara live..kalo boleh bawak balik bela kat rumah kan beshhh...ishhh..cumel yang amatsss!!

cuba korang tengok..huishhh..takle nak describe la kenapa panda sangat cumel..rupa dia..gaya jalan dia..cara dia makan..nampak lembut, slow...nampak innocent jer kan...kalo ada la pihak bawak masuk panda kat malaysia ni untuk buat pameran..harus aku pergi..wajib okehh!!bayar rm100 pun takpe..janji dapat tengok secara live..

dah la macam cuddly jer panda ni..aku tak tau ahh nak describe macam mana dah..but panda sangat-sangat-sangat-sangat cumel..dan aku sangat suka bila ada documentary pasal panda kat national geographic or animal planet..

.....

okehh..tetiba rasa macam nak pegi zoo la pulak..even haiwan pada tahap kecumelan nombor satu tiada di zoo malaysia..tapi still ada haiwan-haiwan lain kan..baik lah kawan-kawan..siapa nak ikut pergi zoo???kita pergi jalan-jalan lawat binatang plak..asyik lawat shopping complex jer..sekali-sekala kita tukar angin la plak...

p/s - semalam aku pergi dating dengan my sayang..hehehhe..seronok-seronok..^_^

Wednesday, February 3, 2010

..The Road Not Taken..

The Road Not Taken by Robert Frost

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

p/s - i already made my decision..hope everything will be okey..insyaALLAH..^_^

Tuesday, February 2, 2010

..Beringat dan Bersyukurlah..




"Why am I different from others??"

"Why..do you have to be like others??"

pertanyaan yang dibalas dengan pertanyaan...ohhh..sangat sedih melihat iklan ini..T_T

kadang-kadang kita memandang rendah terhadap keupayaan orang lain..sehingga kita tidak sedar yang kita sebenarnya tidak lah sempurna..untuk apa membangga diri dengan kelebihan sendiri..

ingatlah bahawa setiap satu yang kita punyai sekarang hanyalah pinjaman..milik ALLAH swt..Dia mampu menarik setiap satu nikmat yang Dia berikan..jika Dia mengkehendakinya..

jangan memandang hina keupayaan orang lain hanya kerana mereka tidak sempurna fizikal atau pun pancaindera..sedarlah bahawa kita yang sempurna ini lebih banyak menanggung dosa disebabkan kesempurnaan fizikal dan pancaindera kita..

dan jangan sekali-kali mempertikaikan takdir ALLAH..setiap satu telah tersurat..setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..berdoalah kepada ALLAH...semoga kita terus tabah menghadapi segalanya..

dan doakan juga aku terus kuat dan tabah..mengharungi hari-hari mendatang..insyaALLAH..

p/s - aku rasa iklan ni macam takde kena mengena pun dengan pantene..but still ianya sangat bagus..motivation stuff..sesuai untuk orang yang down macam aku..'-_-

Monday, February 1, 2010

..Apa Maknanya??..

kalau kita berada jauh dari rumah, dari family..and tetiba teringat kat rumah, rindu kat mak ayah, rindu kat adik beradik..tu namanya kita homesick kan..betul tak??

tapi kalau kita ada di rumah..bersama dengan adik beradik..tapi mak and ayah takde sebab pegi honeymoon..dan tetiba rasa yang rumah teramat sunyi..pastu seharian takde bau makanan dari dapur..pelik kan??

sebab tiap-tiap hari..kalau mak ada rumah..dapur mesti berasap..macam pelik jer rasa bila dapur tak berasap..tak dengar bunyi keletang-keletung dari dapur..sinki kosong takde periuk, kuali, pinggan mangkuk..yang ada cumalah gelas-gelas dan cawan-cawan kotor di sinki dan rak sebelah sinki..

atas meja terang benderang kosong tanpa makanan..periuk nasi kosong tanpa nasi..yang ada di hadapan TV hanyalah kertas pembungkus, cawan kertas dan plastik dari restoran fast food..juga polisterin dari kedai makan berhampiran rumah..

hari pertama mak takde, tengahari makan Mcd..malam plak abang tapaukan makanan dari kedai berhampiran rumah..tak sedap langsung...T_T

hari kedua, tengahari makan kat rasamas sebab keluar dengan kawan-kawan..balik umah makan pizza hut..dua hari berturut-turut makan fast food..sungguh unhealthy..

3 hari mak and ayah takde..rumah rasa sunyi sangat-sangat..teramat sunyi..rasa kosong jer rumah nie..dan sepanjang 3 hari jugaklah dapur rumah ni tak berasap..apa maknanya??

okehh..aku mengaku..aku tak memasak...sebab malas...statement yang bakal menjatuhkan saham sendiri..isk isk isk..takleh buat bini betul..'-_-'

hari ni aku dok sorang-sorang kat rumah..abang kerja, adik pegi kuliah..sunyi giler rasa rumah..selalu ayah ada kat rumah..

apesal rasa macam sedih plak tetiba ni..apesal rasa nak nangis jer nie???perut da lapar..bunyi-bunyi da ni..nak masak malas..nak pergi kedai beli makanan pun malas..mandi pun tak lagi ni..nak makk!!!nak bapak!!!!

p/s - baiklah...aku nangis masa tulis entry ni...T_T

Thursday, January 28, 2010

..Perkara Setahun Sekali..

da seminggu rupanya tak update blog..banyak nak cerita tapi agak kesuntukan masa..ni semua gara-gara hard disk milik abang yang sudah kembali kepangkuan..asyik tengok anime jer sekarang ni..ishhh3..

takde ahhh...lagipun aku agak busy menjaga ladang, kolam ikan dan cafe milik sendiri..then kena jugak buat kerja part time menjaga kafe milik makcik dan adik juga ladang milik emak..sebab itu kadang-kala agak kesuntukan masa untuk membelai blog kesayangan..hik3..^_^

okehhh...disebabkan rasa ingin menukar penampilan...tadi petang aku pegi salon..ohhh...pergi ke salon untuk mencuci dan menggunting rambut adalah perkara yang aku buat setahun sekali..kali terakhir aku pergi ke salon adalah tahun lepas..kali kedua akhir aku dah tak ingat..hahhaha..

sebab semasa belajar di universiti kesayangan...selalunya my ex-roomate time 1st year diploma yang akan potongkan rambut ni..cakap jer nak macam mana, semua dia reti..

sungguh tak tipu..walaupun kawan aku tu amek course electrical engineering, dia cukup kreatif menggunting rambut..takde pergi kelas mana-mana pun tau..dan aku cukup percaya pada dia untuk menggunting rambut aku ni..dan hasilnya juga memuaskan hati aku...

tapi disebabkan oleh kekangan masa dan kesibukan dalam menyelesaikan tuntutan pelajaran..maka kawan baik aku tu tidak dapat lagi menjadi hairstylist kegemaran...ohhh..kawan aku tu nama dia yun..hehehhe..

okeh..berbalik pada hal di salon..adehhh, panjang betul mukadimah..'-_-

program ke salon hanya lah berdasarkan konsep try n error..sebab aku taktau salon ape yang best-berpatutan-selesa kat shah alam ni..maka aku pun pegi jer la ke satu salon kat sec 7 tu..

then seperti biasa..lepas syampu rambut semua-semua..then baru lah hairstylist akan tanya kita nak fesyen macam mana..kalo ikut aku senang jer..potong paras mana nak, then layer...hahahha..simple kan?? =P

pastu orang tu cakap..try la fesyen rambut 'bobs'..then dia pun explain la pasal fesyen 'bobs' tu sambil tunjuk gambar dalam majalah...so aku pun tengok macam best jer..terus la potong...hehheheh..dan hasilnya pun aku suka..nampak cumel jer..hikk3...

dibawah ini aku tayangkan gambar ala-ala rambut baru aku..alaaa, korang imagine jer la muka victoria beckham tu sebagai aku untuk gambar yang first tuh..hahhaha..=)


pandangan hadapan...

..pandangan sisi..

cantik kan??heee~~ aku suka rambut baru ni..senang..takyah ikat-ikat..takyah menggagau cari sepit rambut bila rimas..dan yang paling penting, jimat syampu..hahhaha...ehhh, jimat dari segi kuantiti jer la..lepas ni aku ingat nak tukar syampu lain la..syampu sekarang ni macam tak best jer..

so kawan-kawan ku sekalian..sila suggestkan syampu yang best berdasarkan apa yang korang pernah pakai..ohhh, lagi satu..kalo ada sesiapa yang duduk area shah alam..sila suggestkan juga salon yang best-berpatutan-selesa..nanti tahun depan, boleh aku pegi try..hahahha...=D

p/s - duit keluar macam air jer sekarang ni..adehhh..'-_-

Thursday, January 21, 2010

..Malam Jumaat..

kami sekeluarga akan solat maghrib berjemaah..


kemudian baca yassin berjemaah..


malam yang paling tenang..


malam yang paling disukai..


p/s - adik saya balik malam ni..harap-harap dia tak lupa bawak balik hard disk milik abang yang sarat dengan anime dan series..

Wednesday, January 20, 2010

..In Between..

"Beginnings are usually scary and endings are usually sad,
but it's everything in between that makes it all worth living"


yeahh..i told u..its true!!!

even macam mana seronok, happy pun at the beginning..tipu la kalo dalam hati aku langsung tak rasa takut..baru jer kenal dengan orang tu..3 bulan kenal pastu da nak get serious..sebab aku jenis kalo serious, aku fikir nak kawen..

padahal umur time tu baru 21 tahun..tapi betul lah..dengan yang sebelum tu pun..umur 18 tahun da fikir nak kawen..gatal!!!

takde ahhh..cuma aku fikir satu jer..kalo nak go thru a relationship..mesti ada matlamat..lain la kalo matlamat ko tu sekadar nak ada teman time belajar...ada orang nak buatkan assignment ko...or what so ever other excuses...but for me..i want something serious..to get married!!

tapi kena ingat..bila benda tu kita make it into seriously serious..kite kena admit yang at the end, when the seriously serious 'things' cant be like what we want..didnt ended up like we always dream..the impact will be at the highest level of sadness..

boleh jadi ko down..ko lost..or even collapsed...

because break up can be so damn sux..and the things of remembering, ungkit-mengungkit about everything, and for sure, the blaming of each others..those games didnt end until one of them surrender..until one stage of time, bila dua-dua taknak mengalah...things will be worst, bad, nasty..and at that time, it will change everything..

from someone yang ko sayang giler, kasih giler, cinta giler sampai tahap citer titanic 'i jump, u jump'..takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati..heheheh..all those feeling will change to an 'empty' feelings..then, both of u will act like a totally stranger..and at last, not talking for years of maybe forever..

at that time..how u wish that ko boleh putar balik masa..baiki semua yang tak elok, tak cantik..berharap yang ko tak kan ada langsung relationship dengan orang itu..or maybe tak nak berjumpa dengan orang itu langsung..and paling worst, harap-harap diri sendiri eksiden, tak mati tapi akan hilang ingatan terhadap orang itu sahaja..

but somehow, u still have something in between that really-really worth to remember..okeh la..tolak tepi perihal gaduh dan perkara-perkara sakit hati..for sure ada something yang sangat-sangat happy yang boleh ko ingat..

tipu lah kalo ko tak pernah bergaduh langsung...dan tipulah kalo takde langsung perkara-perkara happy..

sebab ada perkara-perkara in between ni lah..yang buat kita lagi susah nak move on..lagi susah nak lupa..memang perkara yang first sekali kena buat bila nak lupakan bekas kekasih ialah memadamkan semua ingatan terhadap nya..

but its hard okey...to move on for something that u had hold for years..di tambah lagi dengan perancangan untuk tunang and kahwin..okeh la..bukan perancangan jer..da sampai tahap persediaan pun..

then ada banyak plak perkara-perkara in between yang menyebabkan ko lagi susah nak lupa..okehhh..finee...takpe ahhh..semua yang terjadi ini, ada hikmah di sebalik semuanya...ini semua dugaan yang telah ditakdir kan..

be strong and keep on believing..ALLAH swt know the best..insyaALLAH everything will be okey..

p/s - hari ini 20012010..^_^